30 December, 2025

Happy birthday kak emmy

by on December 30, 2025

Hari ini selain birthday ayah nieyl..
hari ni juga birthday kak emmy..
kira kalau dekat ofis ni, kak emmy antara orang yang sangat close dengan nieyl..
kerana banyak makan semut , nieyl kelupaan birthday kak emmy..
nasib baiklah semalam sempat nieyl order special kek untu birthday kak emmy..
kek yang simple, cute dan sedap..




Tadaa...cute kan?khas untuk kak emmy..

Semoga kak emmy sentiasa dimurahkan rezeki..
Diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat...
Love u kak emmy...

Good Morning

by on December 30, 2025



Assalamualaikum..
Selamat pagi..
Hari ni birthday ayah nieyl..
Birthday yang ke 77 tahun Alhamdulillah..
Semoga ayah nieyl sentiasa dimurahkan rezeki..
dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik..
dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t
Aamin..

29 December, 2025

4fingers for lunch

by on December 29, 2025


Bila tak rasa nak makan nasi time lunch..
Kita makan ringan-ringan je..
ringan ke tu hahaha..
kita makan dekat 4fingers ..
sesekali ratah ayam macam tu pun sedap..
bulan ni rasanya dah 2x repeat makan 4fingers ni...
kentang macam biasa boleh order ori ataupun letak seaweed..
ayam biasa nieyl ambil spicy ..sedap!


 

Ada orang belanja pergi SPA

by on December 29, 2025

Ada orang belanja pergi SPA | Sweet betul adik ipar sorang ni. Ingatkan bagi gift box je rupanya diam-diam dia dah booked SPA untuk 3 kakak dia ni. Sehari selepas majlis memang jujur cakap memang penat ya walaupun buat di dewan. Balik dari dewan hari kenduri tu, dah petang kepenatan jangan cakap lah mana ada duduk sepanjang majlis. Kaki ni rasa macam dah tak rasa apa dah, balik bersihkan make up, mandi, solat konon nak tidur sekejap sebab penat sangat sekali sedar..hihihihi...jangan tanya pukul berapa ye.. tak elok dicontohi..

Esok harinya adik ipar ada bookedkan SPA untuk nieyl dan 2 orang lagi tu berehat. Kita ambil pakej facial dan massage head and shoulder. 

Pakej yang adik ipar nieyl ambil ni ambil masa dalam 45min. Ya Allah walaupun 45 min sangat best lena tidur ya..kalau ikutkan hati nieyl kalau ada massage full body dekat SPA tu nieyl dah add on dah. Tapi tak ada..tak apalah , bersyukur dengan apa yang ada nieyl oi..

Selesai SPA , duduk santai seketika sambil melihat decoration SPA ni walaupun simple tapi menenangkan..

Sambil-sambil minum teh yang disediakan tu, sempat juga lah membelek pakej-pakej SPA yang ada. Kalau tengok tak adalah mahal sangat semuanya bawah Rm200. Oh ye lupa pula nak cakap nama SPA ni The Coconut SPA Cyberjaya.  Area Cyberjaya ni banyak SPA-SPA best juga, kena rajin explore kadang-kadang dapat harga yang sumpah berbaloi-baloi..

Start My Day with Bismillah

by on December 29, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi isnin..
tinggal lagi 3 hari je lagi nak melangkah ke tahun 2026..
pagi ni dekat ofis adalah dalam 10 orang bekerja di level nieyl..

Esok nieyl last day nieyl bekerja di tahun 2025...
Rabu nieyl cuti..Insya'Allah akan naik kerja semula bulan Januari..
Berapa hari bulan masih belum tahu lagi...

Hari ni ada yang bekerja ke?
Atau ada yang sambung cuti lagii...

26 December, 2025

Eco Shop Baru

by on December 26, 2025


Tadi lunch nieyl pergi makan dekat tamarind Square..
Makan dekat 10 pot ( grill & steamboat)..
Lepas dah makan tadi ternampak pula ada Eco Shop baru buka dekat situ..
So, saja jela singgah cuci mata la kononnya..
kedai baru kan, lepas tu ternampak la pula cermin meja ni..
color pink hihihi..jadi, terus ambil la kita...
Tak boleh la tengok warna pink ni..
dia ada tarikan magnet yang kuat hahahaha..
Alasan nak membeli sebenarnya tu kan hahaha

 

Celebrate Birthday Putri

by on December 26, 2025

 

Celebrate Birthday Putri | Inilah dia Putri kesayangan maklong , kalau belah husband anak-anak buah panggil nieyl, maklong..Belah husband nieyl ada 4 orang anak buah, Adam, Putri, Ellsa dan Eric.. Sehari selepas majlis kahwin adik ipar nieyl, kitaorang berkumpul ramai-ramai di homestay sebab isnin tu dieorang semua nak pergi splash Mania, nieyl dengan husband tak dapat nak join sebab tuntutan kerja. 


Rasa sekejap je Putri dah 8 tahun. Budak yang drama queen ni, kesayangan maklong. Nama Putri yang sebenarnya Putri Nursyakeera ellysha. 

Tengoklah dia mata dia pandang maklong dia hahaha...geram betul , dia ni penghibur hidup kalau jumpa memang kita kena dengar cerita dia. Siapa berani tak dengar, ha..siap ya..hihihi..Putri..Putri..

Menu ringkas untuk jamuan birthday advance Putri. Durian tu terlalu banyak sangat si adik beli , bila dah berumur ni kan nak makan banyak-banyak pun dah kuat dah. Macam nieyl durian boleh makan 3 ke 4 ulas je..Roti canai pun dah lama tak makan dah..

To Putri- Maklong doakan semoga Putri sentiasa dilindungi dan diberkati dan menjadi anak yang solehah untuk daddy dan mommy. Moga dah besar nanti kurang drama ya dik hehehe..Maklong love u..




Hari Jumaat Yang Sunyi Sepi

by on December 26, 2025


Assalamualaikum..
Salam Jumaat..
level nieyl hari ni sangat sunyi sepi ya...
ramai yang sambung cuti sampai weekend..
Tadi nieyl sampai adalah nampak 3 orang je yang ada...

Bos nieyl pun tiga-tiga cuti hari ini..
jadi, PA close door lah hari ini hehehe...

Ada yang kerja ke hari ni ?
kita geng tak cuti hehehe...

Happyyy working...